Jata UTM Logo

Official Web Portal of
Faculty of Electrical Engineering
Universiti Teknologi Malaysia UTM Tagline

Department of Electronics And Computer Engineering (ECE)

ECE Expo (ECEX2014)

Satu ekspo telah diadakan pada 19 Mei 2014 bertempat di P19A, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. Ekspo ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (ECE) dan diperkenalkan sebagai ECE Expo (ECEX 2014). Ia merupakan kesinambungan kepada acara MiCE Exhibition (MICEX) berdasarkan budaya jabatan MiCE yang telah dimulakan sejak lebih 10 tahun yang lalu. Ekspo kali ini mempamerkan kerja tahun akhir oleh pelajar tahun akhir peringkat sarjana muda dari Jabatan ECE meliputi bidang pemprosesan isyarat, VLSI dan mikroelektronik, rekabentuk terbenam dan FPGA, dan juga elektronik bioperubatan. Selain daripada itu, pelbagai acara telah disediakan pada kali ini pada semua peserta yang terdiri daripada pelajar peringkat sarjana muda dan juga panel penilai yang terdiri daripada wakil industri dan pensyarah di Jabatan ECE sendiri. Antara aktiviti yang telah di jalankan selain daripada pameran adalah pertandingan projek-projek pelajar sarjana muda, temuduga pekerjaan, ceramah kerjaya dan teknikal serta maklumbalas daripada pihak industri yang pastinya memberi banyak manfaat kepada para pelajar, pensyarah, penyelidik khususnya dan juga fakulti secara umumnya.

ecex

ECEX 2014 kali ini telah berjaya menjadi satu wadah mendemonstrasikan projek-projek penyelidikan terkini yang dibuka kepada pengunjung dari dalam fakulti sendiri, industri dan juga orang ramai. Sebanyak 49 projek tahun akhir pelajar sarjana muda yang terbaik terpilih telah terlibat dalam ECE Expo kali ini. Melalui pameran ini, diharapkan ia mampu mencetuskan minat sektor industri untuk bekerjasama dengan fakulti sekaligus menaikkan martabat UTM. Malah pada masa yang sama, penyertaan wakil-wakil industri dari syarikat gergasi seperti National Instruments Malaysia, Siemens Malaysia, Intel Technology, Dreamwave dan Motorola Solutions Malaysia mendedahkan para pelajar dan penyelidik kepada kriteria-kriteria dan tumpuan minat pihak industri terhadap projek-projek mereka. Lebih lagi, penyertaan daripada wakil the Institute of Electrical Engineers (IEEE) juga telah menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk meluaskan lagi aktiviti-aktiviti lanjutan penyelidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

ecex2

Events & News

12 November 2017
Tech Talk & Internship Info Session by NI

26 October 2017
Guest Lecture by Intel

16 October 2017
Industrial University Challenge 2017

21 September 2017
BES2017 Series 2

8 September 2017
UTM Mini TGL Workshop



2018 Faculty of Electrical Engineering, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia
";