MOE-INTEL Elite Internship Program 2019

Jabatan Pendidikan Tinggi KPM berkolaborasi bersama dengan Intel Malaysia akan melancarkan program MOE-Intel Elite Internships 2019 yang mana disasarkan seramai 100 orang pelajar akan ditempatkan di Intel untuk menjalani latihan industri selama 10 minggu di Intel Penang. Pemilihan pelajar adalah daripada 6 buah universiti awam iaitu UniMAP, USM, UiTM Permatang Pauh, UPM, UTHM dan UTM. Ini kerana program internship ini akan berfokus kepada melahirkan bakal jurutera yang mahir di dalam bidang Digital IC Design menggunakan perisian Synopsys EDA tool.

 

Buat masa ini, Intel masih membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat untuk menghantar CV secara terus sepertimana di QR Code atau link yang tertera di dalam poster di bawah. Tarikh tutup permohonan: 7 Dec 2018. Untuk makluman, elaun bulanan sebanyak RM1,000++ akan diberikan kepada calon yang berjaya untuk mengikuti program elite internships ini di sepanjang attachment di Intel.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Penyelaras LI – Dr Hafiz Habibuddin: 0197795719

 

Events & News

  • Wednesday, 14 November 2018
    HTGYE