PERLAKSANAAN MALAYSIA SOFT SKILLS SCALE (My3S) FASA 2 BAGI PELAJAR SARJANA MUDA (WARGANEGARA)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan soal selidik My3S Fasa 2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa sistem soal selidik My3S Fasa 2 akan dibuka secara atas talian bermula pada 26 November sehingga 31 Disember 2018 untuk wajib diisi oleh para pelajar program Sarjana Muda (warganegara sahaja) di bawah kategori berikut:

a) Semester 5, Kemasukan Sesi 2016/2017 – (no. Matrik bermula dengan A16)
b) Semester 3, Kemasukan Sesi 2017/2018 – (hanya pelajar yang menjalani tempoh pengajian selama 3 tahun sahaja, pelajar program Sarjana Muda Sains Senibina sahaja, no. Matrik bermula dengan A17)
c) Semester 1, Kemasukan Sesi 2018/2019 – (no. Matirk bermula dengan A18)

Sistem atas talian My3S boleh diakses oleh pelajar di pautan (klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S)): http://203.80.17.22/survey/ mengunakan No. Matrik sebagai ID pengguna dan No. K/P sebagai kata laluan.

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini.

Events & News

  • Wednesday, 14 November 2018
    HTGYE